KeLAb ReMajA JIM

Wednesday, January 31, 2007

Penulisan untuk Remaja!!!

Assalamualaikum,
Anda minat menulis... ??
Kepada yang berminat, boleh email kepada ana snor_hamka@yahoo.com, hasil penulisan anda untuk dimuatkan di dalam blog ini. Sebarang tema yang sesuai dengan remaja....
Atau anda ingin berkongsi pengalaman hidup seharian anda yang boleh menjadi tauladan kepada remaja...
Marilah memeriahkan blog ini...
@jkprpusat

X-REK 2006


Maklumat dari penganjur:

Berikut adalah peralatan-peralatan yang perlu dibawa oleh peserta-peserta X-Rek.

1. Baju hujan atau payung
2. Pakaian sukan atau yang bersesuaian untuk 3 hari.
3. Kasut sukan atau yang bersesuaian.
4. Lampu picit.
5. Keperluan perubatan pribadi
6. Keperluan kebersihan diri (berus gigi, ubat gigi dll)
7. Peralatan-perlatan lain jika perlu.
8. Jangan bawa peralatan yang berharga seperti barang kemas. dll.

InsyaAllah pihak penganjur akan usahakan membeli tiket bas balik dan maklumkan kepada anta.

Sekian.

BANGUNKANLAH MALAM-MALAM MU WAHAI PARA DU'AT DI JALAN ALLAH!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Selawat dan salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w serta para sahabat dan yang mengikutinya hingga akhir zaman.

Ayyuhal Ikhwan Fillah,
Kini 10 malam shahrul ramadhan mubarak yang akhir menjelma kembali hadiah buat mukminin dari Allah Ar-Rahman dan mereka yang mahu mencari mardhatillah. Hadiah yang sebesar ini jika tidak diambil melambangkan kebodohan dan kebebalan insan yang telah banyak melakukan berbagai dosa sepanjang hidupnya.

Ayyuhal Ikhwan Fillah,
Rebutlah malam-malam ini untuk engkau bermunajat dan bermuhasabah meneliti dosa-dosa lalu. Ingatlah bahawa keseronokan duaniawi daripada kehidupan yang indah bersama isteri-isteri, anak-anak, kenderaaan hebat yang engkau miliki serta istana-istana kediamanmu serta gelaran dan pangkat ketinggiamu akan engkau tinggalkan bila kematian meragutmu. Bahkan dosa-dosa sekeliling pinggangmu serta segala keaibanmu dan kelalaianmu akan pula menjadi beban paling berat untuk engkau pikul dan heret dalam menuju ke padang mahsyar untuk engkau menerima hukuman dari Rabb Yang Adil. Sheikh Ahmad Ar-Rasyid dalam bukunya Ar-Raqaiq menukilkan kata-kata ahli hakikat " Jannatunnas fi dinar wanisaa wal qisr wa jannatul mukmin fi mihrabihi...Syurga bagi manusia adalah pada dinar, wanita-wanita cantik serta istana-istana yang indah sedangkan syurga bagi para mukminin ialah di mihrab nya" Lihatlah bagaimana orang mukmin dan ahli hakikat yang benar yang melihat dengan kaca mata imani bahawa syurga bagi mereka amat berlaianan sekali. Mereka lebih mencintai mihrab yakni tempat-tempat sujud di dalam rumah-rumah Allah sebagai lokasi ruhi yang lebih mereka cintai dari dunia yang fana dan akan hancur binasa ini. Mereka bukanlah golongan yang tidak makan atau berkahwin akan tetapi mereka amat-amat mencintai amalan dan merapatkan jiwa dan hati mereka dengan Allah SWT di malam-malam yang sepi sunyi sambil menitiskan air mata taubat. Mereka yakin bahawa sesungguhnya dosa itu tidak dapat dihapuskan melainkan dengan air mata keinsafan dan merendah diri di hadapan RabbNya.

Bagaimana mungkin orang yang bijak bisa ketawa lagi, sedangkan engkau masih berlumuran dosa dan noda serta azab yang pedih yang sedang menyala-nyala menunggu untuk menjilat seluruh kulit dan menghancurkan tulang belulangmu.

"Kafa bil mauti waaizha"... cukuplah mati itu sebagai penasihat bagi kamu (Hadith)
Tidakkah engkau pernah mendengar Rasulullah s.a.w berkata kepada Fatimah, anakanda yang dikasihinya , " Ya Fatimah, jika kamu semua tahu apa yang aku tahu ( azab dan kesengsaraan di neraka) pastilah kamu semua akan sedikit ketawa dan banyak menangis.. Tidaklah menjadi kehairananan jikalau para sahabah dan tabiin sering menangis sehingga basah-basah janggut mereka dengan sebab ketakutan yang bersangatan terhadap azab Allah SWT apabila membaca dan mentadabuur ayat-ayat Allah di dalam solat-solat mereka.

Begitu jugalah contoh dan qudwah hasanah ahli Sufi yang terkenal Rabiatul Adawiyyah yang sentiasa bermunajat dan menghidupkan malam-malamnya sehingga dikasihi oleh seluruh muslimin waktu itu. Sehingga beliau menjadikan Allah itu sebagai sebesar tumpuan kecintaannya melebihi makhluk yang ada di muka bumi.

Ayyuhal Ikhwan Fillah,

Sesungguhnya dakwah ini adalah bersih sebersih dan sesuci Islam yang diturunkan kepada kita dan disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Dan sesungguhnya hanyalah orang-orang yang bersih hati dan jiwanya yang pula layak untuk membawa risalah yang suci dan mulia ini. Bagaimana mungkin para duat yang kotor dan busuk hatinya serta berkarat dengan dosa layak memikul dan membawa risalah kemenangan ini. Lantaran itulah Baginda Ar-Rasul telah dibimbing oleh Allah SWT sebaik sahaja menerima risalah nubuwwah di Gua Hira' dengan madrasatullail (madrasah malam) dalam surah Al-Mudatthir dan Surah Al-Muzzamil.

1. Wahai orang Yang berselimut!.
2. Bangunlah sembahyang tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat),
3. Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu,
4. Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran Dengan "Tartil".
5. (Sayugialah Engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing Dengan Ibadat Yang berat kepada hawa nafsu, kerana) Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran Yang mengandungi perintah-perintah) Yang berat (kepada orang-orang Yang tidak bersedia menyempurnakannya) .
6. Sebenarnya sembahyang dan Ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya.
7. (Kami galakkan Engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam), kerana Sesungguhnya Engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan Yang panjang kira bicaranya;
8. Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadanya Dengan sebulat-bulat tumpuan. ( S. Muzzamil)


Allah SWT mengajar Nabi untuk membersihkan diri dari segala kekotoran zahir dan batin sebagai pra-syarat mengemban Risalah yang berat. Sedangkan Ar-Rasul terpelihara dari dosa dan maksum.
1. Wahai orang Yang berselimut!
2. Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia).
3. Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya!
4. Dan pakaianmu, maka hendaklah Engkau bersihkan.
5. Dan Segala kejahatan, maka hendaklah Engkau jauhi. ( S. Muddathir: 1-5)

Ayyuhal Ikhwan Fillah,

Meskipun risalah yang kita bawa itu benar namun pra-syarat kejayaan hanyalah akan dikurniakan di tangan-tangan hamba Allah yang bersih dan bertaubat. Lantaran itu marilah kita semua menjadikan malam-malam 10 yang akhir untuk kita semua bertaubat dengan taubat yang sebenar-benarnya, mencari hakikat-hakikat yang tinggi dan memperbaharui janji kita dengan Allah SWT. Sesungguhnya mereka-mereka yang telah berjanji untuk mempertahankan Deen Allah akan menerima ganjaran yang besar dari Allah SWT. Sebaliknya mereka yang lalai dan lupa dengan sumpah dan janji mereka dengan Allah SWT akan azab dan kemurkaanNya.
10. Sesungguhnya orang-orang Yang memberi pengakuan taat setia kepadamu (Wahai Muhammad - untuk berjuang menentang musuh), mereka Hanyasanya memberikan pengakuan taat setia kepada Allah; Allah mengawasi keadaan mereka memberikan taat setia itu (untuk membalasnya) . oleh itu, sesiapa Yang tidak menyempurnakan janji setianya maka bahaya tidak menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya; dan sesiapa Yang menyempurnakan apa Yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala Yang besar.
(Al-Fath:10)

As-Syahid Syed Qutb menghuraikan tafsiran awal Surah Al-Muddtahir berkaitan kejutan Allah kepada baginda Nabi Muhammad s.a.w agar bangkit dari tidurnya menyatakan sejak dari itu baginda tidak tidur lena lagi sebaliknya bangkit dan berjuang selama 23 tahun melalui onak dan duri perjuangan. Mentarbiyyah para sahabat dan memimpin mereka melalui seluruh fasa perjuangan air mata dan darah sehinggalah kewafatannya. Bagi kita yang telah sedar, baginda Ar-Rasul lah ikutan dan teladan dalam perjuangan, sekali berjuang akan terus mara tanpa berpaling ke belakang lagi sehinggalah menerima as-nasr (kemenangan) Islam atau mendapat syahid di jalanNya.

As-Syahid Qutb juga seringkali memperingatkan para duat agar sentiasa membawa jiwa dan ruh ke tempat yang hakiki di langit yang tertinggi, menjadikan Allah SWT sebagai tumpuan pengabdian dan kecintaan, ilah dan Rabb serta ganjaran syurga yang menanti. Keimanan dan keyakinan serta hakikat-hakikat yang tinggi inilah yang dapat membebaskan para duat dari cengkaman tarikan kebumian (syahwat dll) yang seringkali melalaikan dan melemahkan jiwa mereka.

Oleh itu, marilah kita semua yang telah berjanji setia untuk mengemban dan membawa risalah nubuwwah dan Islam yang benar ini membangunkan diri kita, isteri atau isteri-isteri serta anak-anak kita bersama-sama menghidupkan malam- malam sepuluh yang akhir. Perbaharuilah taubat, isthigfar dan mohonlah keampunan dari tuhanmu. Serta perbaharuilah janji dan baiah mu dengan Allah SWT agar diterima janji-janji dan sumpah mu dan diberikan hidayah dan keampunan serta kemenangan Islam di seluruh dunia.

Amin ya Rabbal 'Alamin.
Faqir Ilallah, saudaramu yang banyak dosa,
Shamsul Ma'arif Hj Ismail
20 Ramadhan 1427H

Tuesday, January 23, 2007

X-REK 2007

X-REK 2006

Tarikh
16/2/07 Jumaat (ptg) hingga 18/2/07 Ahad (ptg)
3 hari 2 malam

Tempat
Tapak Perkhemahan Pantai Balok, Kuantan Pahang.

Bayaran peserta dan pengiring
RM50.00

Diharap pengarah KRJ negeri dapat mailkan senarai peserta
(lengkap dengan No. KP) sebelum 9/2/07.
Aturcara X-rek dan lain-lain akan dimaklumkan kemudian.