KeLAb ReMajA JIM

Tuesday, February 21, 2006

Makluman Muzakarah JKPR Pusat

Assalamualaikum ikhwah dan akhawat Penggerak Remaja semua...
Semoga dalam ketinggian Iman dan semangat untuk menjalankan dakwah remaja di lokaliti masing-masing....

Makluman berkenaan dengan Muzakarah JKPR Pusat.

Muzakarah JKPR Pusat terpaksa ditunda sekali lagi ke tarikh 1 April 2006 kerana masalah penyertaan daripada Pengarah Negeri dan Daerah. Diharap, tarikh ini dimasukkan ke dalam planner ikhwah dan akhawat agar Muzakarah ini dapat dijalankan pada tarikh baru ini.

__________________________________________

:: USUL ::

Ikhwah dan akhawat boleh menghantar sebarang usul kepada JKPR Pusat untuk di bawa ke muzakarah. Tujuan usul ini ialah untuk bersama-sama mencari formula memantapkan gerak kerja dakwah remaja kita melalui Kelab Remaja JIM.

Usul boleh dihantar menerusi mailing list aktivis_krj.

Sekian, terima kasih.