KeLAb ReMajA JIM

Wednesday, March 22, 2006

coretan LEADeRs 2006, Durian Tunggal

Jadi Pemimpin : Apa Pilihan?

Oleh Shahril
KARIB

Salah satu bilik seminar di EDI Training Centre, During Tunggal

‘Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan disoal berkenaan apa yang dipimpinnya’ (Bukhari dan Muslim)

Alhamdulillah ana dan kawan-kawan KARIB (Kelab Remaja Antara Gapi) sekali lagi berpeluang untuk ikuti program remaja peringkat nasional … ikut Acik Hasni! Dulu dah pergi X-Rek kat Sg Pusu, Gombak. Sebelum ni hanya ikut program di Antara Gapi tu.. lepas tu ikut program remaja dengan pakcik-makcik kat KL… JIMKL.

Ana, Najib, Fazli dan Harith, bergerak ke program dengan kereta Acik Hasni. Harith ni ana Pakcik Nasir, duduk Hulu Selangor jugak… ahaa.. tapi kami wakili KL!… tak tahulah ini Acik Hasni punya kerja.

Kali ini kami akan ikuti program yang motifnya ‘KEPEMIMPINAN’, kata Acik Hasni. Itu sebab nama program ni LEADERS… Latihan Ekstensif Asas Dakwah dan Kepemimpinan Remaja Soleh. Iaa..lah, dulu masa X-Rek kami dah didedahkan dengan kepentingan intima’ dengan Islam dan kerja-kerja dakwah, bina sifat kendiri dan lasak. Itu yang terpaksa berdakwah dengan orang ramai kat KL Sentral tu… ini saat yang paling best!

Cukup teruja nak jumpa balik kawan-kawan X-Rek 2005! LEADERS ni adalah susulan terancang program pembangunan berterusan remaja di tingkatan 4 dan 5… khas untuk peserta bermula dari tingkatan 3 - graduan X-Rek. Acik Hasni kata.. ‘Ini semua untuk persediaan generasi baru 2020. Nanti bila masuk IPT, dah boleh terus buat kerja!’

Melaka… hemm, seronok! Ana pun dah lama tak ke Melaka. Kali ini program buat di EDI, Traing Centre di Durian Tunggal. Kami disambut mesra oleh pakcik dan abang dari Melaka. Abang Bilal bin Dr Parid dan Akak Dr Hajar, tengah tunggu kami untuk pendaftaran. Acik Hasni kenalkan yang diaorang adalah AJK Jawatankuasa Pembangunan Remaja JIM Pusat.. masih belajar dan muda.

Sementara tunggu kawan-kawan dari negeri lain, ana dan peserta yang ada ni, pi terjun kolam dulu. Ini yang istimewa tempat ni… ini betul-betul kolam renang! Ya kolam ikan pun memang banyak jugak.

Malam adalah sesi pembukaan… ana kira, cuma dok ada 27 orang peserta. Kalau dulu.. tak silap ada 70+, mana depa pi ye?. ‘Tak apalah kita boleh fokus… dan yang paling penting… Allah dah pilih kita!’, kata Abang Bilal. Ana sempat catit secara ringkas beberapa pengenalan dari taklimat Acik Hasni, mengenai program ni :

Objektif :

1) Jelas halatuju/ matlamat peribadi dan sebagai daie

2) Memahami konsep dan asas dakwah

3) Ciri-ciri amal jamaie yang efektif

4) Mengasas kemahiran kepemimpinan dan interaksi

Kandungan :

1) Matlamat : Mardhatillah, S.M.A.R.T, Maslahah/Juara ummah

2) Dakwah : Konsep, Kenapa, Mengapa, Peranan

3) Amal Jamaie : Taat, Syura

4) Kepemimpinan : Public Speaking, IPR, Leading, Coaching, Directing, Mentoring

Pendekatan :

1) Self Managed

2) Self Directed Work Team

3) Anda Ketua

4) Kampung Kita

Metodologi :

Kuliah, Perbincangan/pembentangan/gerakerja Kumpulan, Tugasan Bilal/Imam/Tazkirah setiap peserta, Tadarus (3Juz), Ma’thurat, Aperantis, Xplorace, Rafting

Lepas dah faham program ni kami bertaaruf pulak… memang mudah bila dah kenal. Tapi bak kata Hujjatul Islam, Imam Ghazali… namalah yang selalu kita lupa. Ana pun tak berapa ingat… walaupun X-Rek baru beberapa bulan sahaja. Jumlah yang sikit ni patut tidak jadi halangan. Lepas tu kami bina pasukan. Semua nama/ slogan pasukan menarik dan ada elemen ‘masa depan’ komen Acik Hasni. MIRAI’E, ARRUHUL JADID, MARJANUL MUJAHADAH dan IZZATUL ISLAM. Kami mengundi untuk pilih ketua, Penghulu ialah akh Saiful Islam b. Ahmadun dari KRJ Johor dan Penghilir ialah ukht Afifah bt Azam dari Seremban, ayah ukht ni Pengetua SDAR.

Semua tengah semangat ni, masing-masing nak tunjuk mantap. Tapi bila Acik Hasni bagi assignment… ‘esok masa perasmian antum kena manage A to Z majlis tu. Siap dengan tempat, makan minum, hadiah!’ kami mula kalut. ‘Mana nak cari benda-benda tu malam-malam ni’ Jam dah 11.00 malam….?

Bersambung....