KeLAb ReMajA JIM

Thursday, March 23, 2006

Development Of Next Geberation - Part 2

Oleh: Roha Hassan, JKPW dan JKPR Pusat



Tahun 2006 menyaksikan bahawa yang menulis ini telah terlibat dengan pelbagai aktiviti remaja melebihi 10 tahun. Bukan nak minta apa-apa anugerah atau pingat gangsa hatta suasa apatah lagi emas permata. Sekadar mengambil ruang masa yang ada untuk muhasabah diri. Sudah cukup banyak dan baik kah sumbangan kita semua di dalam isu-isu remaja@pelapis.pewaris.perjuangan.com ini? Jawablah wahai Roha Hassan serta ikhwah dan akhawat semua?

Semakin usia meningkat, saya memilih berbanyak muhasabah diri sebelum muhasabah orang lain. Namun walaupun mungkin kenyataan ini boleh dipertikaikan oleh sesetengah individu di dalam NN ini, saya percaya budaya muhasabah masih diambil berat dan relevan dengan JIM. Walaupun kadang-kadang kita ni open, kadang-kadang tak berapa open, kadang-kadang “separuh-separuh – sikit-sikit open, sikit-sikit close”. Bergantung pada isu la kot.

Malam tadi, saya terus menjalankan tanggungjawab sebagai naqibah. Anak-anak usrah saya juga terdiri dari pada ex KRJ beberapa negeri. Saya jumpa beberapa orang dari mereka masa mereka baru melangkah ke usia remaja dulu. Sekarang ni dah ada yang walimah pun….:--)) Dah besar panjang, ada yang dah jadi orang-orang kuat di U. Setakat ni anak-anak usrah saya memang komited. 10 orang semuanya.

Cuma…khabar yang sedikit sebanyak mengguris perasaan saya bila diberitahu ada diantara anak-anak usrah saya tersebut termasuk dalam kategori yang “keciciran”. Tidak terpilih atau kurang disenangi oleh naqibah-naqibah sebelum ini. Ni kira ayat indirect saya tulis ni. Kalau tulis ikut bahasa percakapan, lagi tak berapa enak dibaca. Baru saja saya tahu tentang hal ini. Tak terfikir pulak saya setelah beberapa bulan bersama mereka. Saya kurang pasti apa asal usul kisahnya. Kadang-kadang saya rasa malas nak ambik pusing hal yang remeh temeh. Tapi, bila ia melibatkan hal pembinaan generasi akan datang…kena jugak ambil kira.

Biar saya beritahu pada kalian yang membuat dakwaan ini, “Gadis-gadis remaja/belia yang kini menjadi anak-anak usrah saya sejak beberapa bulan yang lalu ini semuanya best-best belaka. Mereka belum pernah ponteng usrah tanpa sebab yang kukuh. Malahan pasti mereka akan memaklumkan jika tidak dapat hadir. Cuma mereka ni kreatif, nakal dan tak ikut gitu-gitu aje. Tapi tak pernah “kurang ajar” dengan saya…:--)) Mereka tidak seteruk yang disangka, OK? So, sila baiki prasangka yang ada.

Saya tidak pasti berapa “subur” sikap seperti ini dikalangan kita di dalam memainkan peranan pembinaan generasi akan datang. Memang, antara yang akan kita akan bincang bab yang ada kaitan dengan usrah@remaja.com.

Cuma, sebelum saya menulis dengan lebih terperinci, mohon dibaca puisi saya berikut tentang pandangan peribadi saya tentang usrah selepas melihat adanya budaya label melabel seperti di atas yang melibatkan gadis-gadis remaja belia. Puisi ini ditulis selepas saya pun kena label juga…he.he.he.

Tarbiyyah Dan Dakwah – Sebuah Puisi Usrah Part I

Ketika usiaku sembilan belas
Kami berusrah di kelas-kelas
Jarang sekali bermalas-malas

Bila melangkah ke alam kerjaya
Susunatur usrahku tak tentu hala
Kadang-kadang ada, kadang-kadang tiada

Namun,
Walau rintangan sering menerjah
Berselang seli dengan mehnah
Tetap ku jalan tugas dan amanah
Melakukan islah sebagai pendakwah
Apa yang aku faham, dakwah dan tarbiyyah
Kembar siam tak boleh terpisah atau dipisah
Dalam asyik berusrah dan berusrah
Praktikalnya adalah dakwah
Tiada usrah tanpa dakwah
Tiada dakwah tanpa tarbiyah

Namun,
Kadang-kadang aku tak larat
Ulang-ulang amanat dan nasihat
Rasa bosan datang menghambat
Tambahan kesihatan yang memudarat
Mahu rasanya, usrah aku tak terlibat

Tapi,
Kata naqib naqibah, ameer ameerah,
Apa erti hebat berdakwah tapi kosong tanpa tarbiyah
Apa erti mantap di medan tapi melarikan diri dari usrah

Ya,
Memang benar lagi sah
Aku bukan anti tarbiyyah khasnya usrah
Cuma aku kadang-kadang rasa parah
Pada pegangan sesetengah pendakwah
Tak habis-habis berusrah
Tak putus-putus tazkeerah
Tak henti-henti tamrin dan halaqah
…..namun bila di medan semua mengalah
enggan ketengah masyarakat untuk praktikal dakwah

Itu yang aku parah
Itu yang aku alah

Sebab, pegangan ku
Tarbiyyah dan dakwah tak mungkin dipisah.

Jzzk kerana meluangkan masa membaca e-mail ini.
Roha hassan
TP JKPR