KeLAb ReMajA JIM

Thursday, March 23, 2006

Development Of Next Generation – Part 1

Oleh: Roha Hassan, JKPW dan JKPR Pusat



18 Mac 2006, 0000, tiba-tiba tersedar sudah lama tidak menulis setelah beberapa kali ditegur oleh beberapa sahabat.

Untuk pemulaan saya mengaku, memang dah lama saya tidak menulis. Bukan tiada idea, tapi semakin bertambah amanah yang harus dipenuhi, ditambah dengan masalah kurang bijak mengoptimakan penggunaan tenaga dan kemahiran yang ALLAH kurniakan.

Namun, yang pasti saya jarang menyesal selepas menulis melebihi penyesalan selepas berkata-kata. Yang pasti samada melalui lisan atau tulisan saya cuba sampaikan hasrat saya. Ikhwah dan akhawat akan mendapati, saya lebih direct apabila berbicara, tetapi lebih indirect apabila menulis. Tapi bukan pada semua perkara. Dan cara ini boleh berubah mengikut cara dan keperluan. Yang pasti dan penting kedua-duanya merupakan cara saya menyampaikan hasrat, harapan, perkongsian seorang pimpinan. Dan lebih banyak sebagai manusia. Tulisan ini adalah siri tulisan yang menyentuh tentang saya, anda, JIM dan remaja dari seorang manusia biasa yang juga kalian lantik dan ditakdirkan ALLAH sebagai salah seorang peneraju aktivisme remaja.

Mohon dibaca puisi berikut sebagai intro, saya tuliskan selepas mengendali sebuah program remaja. Telah saya deklamasikan semasa mengendalikan program yang ditaja oleh syarikat yang disokong kuat oleh Pak Lah.

Puisi Remaja Buat Mereka Yang Alpa
Aduh,
Dia berhelah lagi,
Menyeleweng wang saku yang ibu beri.

Alahai,
Dia berdusta kembali,
Duit saku yang ibu beri
Buat belanja di sekolah nanti
Bersama geng mencuri-curi
Rokok dibeli, janji pada ibu dimungkiri

Remaja kita,
Merokok, melepak, ponteng sekolah

Remaja kita,
Mabuk kepayang dengan kesenangan hawa nafsu

Mereka,
hanya ingin suka-suka.

Mereka,
Khayal berdating dan bercinta

Mereka,
Mabuk dunia,
Jauh dari akhirat

Mereka
Memboros masa dan tenaga
pada kerja sia-sia

Dan kita
Sebagai ibubapa
Haruskah terus di dusta

Dan kita,
Sebagai pendidik,
Wajarkah memaki mengherdik

Dan kita,
Ahli masyrakat yang cerdik
Cukupkah sekadar memandang jelek
Banyak teori dari tindakan yang strategik

Dan dikau
Pemilik kuasa sementara,
Sebagai pemerintah dibumi Malaysia
Tidakkah engkau terasa celaka
Melihat kerosakan para remaja
Segala hiburan yang kalian puja-puja
Buat remaja jadi tambah gila
Sedangkan merekalah masa depan negara
Sedangkan merekalah harapan nusa dan agama
Tolong….Jangan berlepas tangan sahaja

Dan dikau
Pemilik akta-akta dan kuasa
Tidakkah kalian terluka
Melihat penyakit yang menimpa anak bangsa
Black Metal, Punk sampah dan segala kerosakan budaya.

Ingatlah!
Aku, kau dan mereka
Pasti ditanya oleh yang Maha Kuasa,
Tentang tanggungjawab kita kepada semua remaja.

Jzkk sebab meluangkan masa membaca dan maaf kalau ada yang terguris terluka
Roha bt Hassan