KeLAb ReMajA JIM

Wednesday, April 26, 2006

marilah baca seloka untuk peserta leaderst jer....

assalamualaikum..

buat tatapan semua,ana coretkan sedikit coretan yang x seberapa ini..harap semua terhibur.

Selamat datang ke group kami,
Pesertanya hendsome dan cantik sekali,
Dakwah tersemat kenangan bersemi,
11 putera dan 16 puteri.

Bermula al kisah suatu cerita,
EDI Training Centre tempat bersama,
Leaderst kami bertempat disana,
Inilah kenangan kami yang sangat bermakna.

Bia bercakap kononlah gagah,
''Saya'' itulah ayatnya yang gah!
Pak Cik Hasni maintain,tak pernah gelabah,
Cuma time jadi PM adalah gaya macam megah.

Datang Melaka dari KL mari,
Itulah Abg Wan yang sangat bistari,
Orangnya kecil wajahnya berseri,
Rupanya sudah ber'anak' dan juga isteri.

Beralih pula kepada Pak Cik Razali,
Bersama kami jiwanya memahami,
Kak Hajar pula doktor gigi kami,
Pesannya sebelum tidur..gosok gigi!!!!

Saiful Islam penghulu kami,
Kalau berdebat hebat sekali,
Amaran pertama yang sering diberi,
''Jangan tanya ana apa-apa,dengar dulu dengan teliti''

Kalau bercakap x reti berhenti,
Inilah Afifah Azam si penghuluwati,
Sangat bertanggungjawab dan dedikasi,
''hey,sapa nk main saham lagi?ana tak reti...''

Hasif Hisyamuddin progremmer kami,
Panggilan ''Aceh'' gelaran diberi,
Konon anak Mat Saleh sebab penuh duduk oversea,
Eh2 tak boleh kutuk lebih2..cz dialah owner group nih!!!..

Orangnya petah bercakap sentiasa,
Menjadi pengerusi di setiap masa,
Ruqayah Nurul Iman yang sangat berjasa,
tapi 1 jer yang tak tahan,suka bergambar di mana2 saja.

Ketua Ibadah namanya Fahmi,
Orangnya hafiz menuntut di SMI,
Ilmu Al-Quran sentiasa dihati,
Boleh ana tau,anta nk jejak Mawi?

Marjanul Mujahadah nama diberi,
Ketuanya Nuha yang sangat bistari,
Ar-Ruhul Jadid tersangatlah dengki,
Sehingga terbaling checkpoint kumpulan kami.

Najib simple dan juga bergaya,
Sangat pendiam itulah personalitinya,
Mus'ab Kelantan mengganguk sentiasa,
Owh..Mus'ab sedang berzikir rupanya..(tidur)

Gelaran Prof. Madya..konon je lah,
Itulah si empunya Zainab Aqilah,
Kalau bercakap tak boleh kalah,
Walaupun begitu orangnya pemurah.

Mendendangkan lagu hiburan semasa,
Suaranya merdu bertubuh sasa,
Menyediakan makanan kerja utama,
Itulah Fadzil yang amat berjasa.

Ina dan Sofia sama kepala,
Menyanyi time Maghrib guna pembesar suara,
Balqis dan Aisyah berlainan gayanya,
Bila disoal baru berbicara.

Faizie yang cute senyum pun menawan,
Rambutnya...fulamak..kalah Salman Khan,
Mus'ab Terengganu sebagai kawan,
Orangnya baik hati..siapa berkenan?

Si kecil molek tetapi aktif,
Orangnya slumber tidak sensitif,
Fathimah dan Tasnim teramatlah kreatif,
Erm..brapa A antuma dapat time sumatif?

Bila tersenyum nampak giginya,
Harith KL itulah orangnya,
x kurang juga bila bergaya,
Erm,ana doakan semoga berjaya.

Di dalam slot berdiam sahaja,
Bila bercakap sungguh bergaya,
Nak tahu siapakah gerangannya?
Itulah Syifa',negeri Pahang asalnya.

Pergi ke Durian Tunggal bersama Hisyam,
Untuk menziarahi Mamat yang hitam,
Khadijah berbicara kami faham,
Tapi kesian ek,kalah time main saham.

Lembut budi sungguh berbahasa,
Rupa berseri bila tertawa,
Wajahnya manis senyum sentiasa,
Inilah Mariam yang sungguh istimewa.

Pergi ke Melaka bersama Nyonya,
Sedang berjalan tersempak Maknyah,
Sita Hajar gelaran empunya,
Nasyid Kerana Cinta itulah pilihannya.

Orangnya comel manis senyuman,
Raihana dan shahrul itulah gerangan,
ok lah kat sini nk buat pengunguman,
mereka berdua ni terhangat di pasaran..(gurau jer..)

Umi Kalthum sasterawan muda,
Hanya suka-suka mencipta seloka,
Jika tersilap gaya bahasa,
Jari disusun maaf dipinta.

Meminta diri berundurlah hamba,
kini berakhir sebuah seloka,
kalau ader terlanjur kata,
hanya maaf yang harusku pinta.

untuk kawan2 sumer,pak cik2 kak hajar,n abg wan..jangan amik hati yer.ana saja jer gurau2.x der yang serius pun..k?yang kna kutuk tu, ana gurau2 jer..yang kna puji tu,jangan la kembang.he3.. just kidding.ok..haza fakhat... wassalam.