KeLAb ReMajA JIM

Friday, February 24, 2006

Modul Pembangunan Aktivis Pembangunan Remaja:
BENGKEL KEMAHIRAN PENYAMPAIAN & PENGUCAPAN AWAM
Tarikh: 5 Mac 2005 (Ahad)
Masa: 8.30 pg – 5.30 ptg

Pelajari asas kemahiran Penyampaian dan Pengucapan Awam yang berkesan (effective Presentation & Public Speaking skills) melalui 4 langkah praktikal. Bengkel yang padat dengan info dan panduan untuk meningkatkan kemahiran anda sebagai penceramah, jurulatih atau fasilitator.

Daftar segera! Penyertaan terhad untuk 10 orang sahaja.
Hubungi Cikgu Azmi Musa di 012-2590496

0830 : Pendaftaran
0900 : Modul 1: PENGENALAN
1000 : Minum
1020 : Modul 2: ANALISIS MAJLIS & AUDIEN
1120 : Modul 3: SEDIAKAN DIRI & BAHAN
1230 : Modul 4: HADIR & BERIKAN PERSEMBAHAN TERBAIK
1315 : Makan Tengahari & Solat Zuhr
1415 : Modul 5: AMALKAN TEKNIK PENYAMPAIAN BERKESAN
1545 : Minum
1600 : Modul 6: Praktikal & Kritik
1700 : Rumusan & Agenda Tindakan
1730 : Penutup & Bersurai

Tuesday, February 21, 2006

Makluman Muzakarah JKPR Pusat

Assalamualaikum ikhwah dan akhawat Penggerak Remaja semua...
Semoga dalam ketinggian Iman dan semangat untuk menjalankan dakwah remaja di lokaliti masing-masing....

Makluman berkenaan dengan Muzakarah JKPR Pusat.

Muzakarah JKPR Pusat terpaksa ditunda sekali lagi ke tarikh 1 April 2006 kerana masalah penyertaan daripada Pengarah Negeri dan Daerah. Diharap, tarikh ini dimasukkan ke dalam planner ikhwah dan akhawat agar Muzakarah ini dapat dijalankan pada tarikh baru ini.

__________________________________________

:: USUL ::

Ikhwah dan akhawat boleh menghantar sebarang usul kepada JKPR Pusat untuk di bawa ke muzakarah. Tujuan usul ini ialah untuk bersama-sama mencari formula memantapkan gerak kerja dakwah remaja kita melalui Kelab Remaja JIM.

Usul boleh dihantar menerusi mailing list aktivis_krj.

Sekian, terima kasih.

Thursday, February 16, 2006

Template Report untuk Muzakarah JKPR

Sila klik pada link berikut untuk mendapatkan template report muzakarah JKPR 2006. Harap dapat email kepada Setiausaha JKPR Pusat paling lewat 23 Februari 2006. Kerjasama Pengarah KRJ Negeri dan Daerah amatlah dihargai.

Template Report

Setiausaha JKPR 2006
Saifurrahman Alias
email : eppul77@yahoo.com
HP no: 012-2666598

Mufti Perak dakwa 250,000 murtad di negara ini?

Tue Feb 14, 06 06:15:44 PM Oleh Ekmal Yusof

IPOH, 14 Feb (Hrkh) - Mufti Besar Negeri Perak, Dato' Seri Haji Harussani Haji Zakaria memberitahu kini terdapat hampir 250,000 umat Islam yang murtad di negara ini.

Bilangan tersebut termasuklah kira-kira 100,000 orang-orang Islam Melayu yang telah mengistiharkan diri mereka masuk Kristian.

Mufti Perak itu menyatakan demikian dalam Forum Perdana 'Pekerti Islam' di Kedah baru-baru ini yang disiarkan pada siri ceramah agama RTM di sini pada jam 2 petang tadi.

Manakala, katanya, 100,000 orang lagi sedang membuat permohonan menunggu untuk murtad. Selebihnya, tegas beliau, termasuk mereka yang memohon untuk menukar nama Islam di dalam kad pengenalan kepada nama fahaman lain.

"Ini tidak termasuk lagi individu-individu yang langsung tidak bersolat, tidak berpuasa dan menentang semua hukum Islam," katanya.

Menurut Mufti Perak, beliau juga menerima sepucuk surat dari Persatuan Mubaligh Kristian Amerika yang menuduh Pejabat Agama Islam di sini bersifat zalim kerana tidak benarkan 30,000 orang Islam Melayu untuk masuk Kristian.

Surat itu juga meminta Pejabat agama Islam supaya jangan mengganggu kerja-kerja seorang mubaligh di negara ini yang dikenali dengan nama 'ustaz' yang cuba mempengaruhi para remaja liar untuk murtad.

Justeru, beliau mengingatkan orang ramai supaya jangan sekali-kali terikut dan percaya kepada satu hukum rekaan baru yang pasti menyesatkan.

Pertama, katanya, ada orang sekarang menyuruh sembahyang hanya dua rakaat saja untuk mengikut cara Nabi Ibrahim a.s. Dan kini sudah ada pihak menyatakan mengucap menyebut dengan Nabi Muhammad s.a.w. seperti biasa dibuat itu, kata mereka adalah 'salah'.

Wednesday, February 15, 2006

Leaders [latest info]

Assalamualaikum ikhwah dan akhawat penggerak Kelab Remaja JIM seluruh negara.
Ana mohon maaf atas kesilapan maklumat yang dikirimkan oleh JKPR berkenaan dengan program Leaders ini. Berikut ialah maklumat yang terbaru.


Latihan Ekstensif Asas Dakwah
dan Kepimpinan Remaja Musleh


LEADeRs

::TarikH::
12 hingga 15 Mac 2006

::TeMpaT::
Melaka

:: Sasaran::
Graduan X-Rek
Ahli teras KRJ tingkatan 4

Antara Jacque dan MAWI...siapakah pilihanku?

Maszlee Malik

Sewaktu mengisi minyak di salah sebuah stesen minyak Petronas di ibu negara, saya terdengar perbualan para pekerja stesen tersebut. Antara lain bunyinya, "Memang patut Jacqueline Victor tu menang, suara dia sedap!". Kenyataannya itu kemudian dibidas, "Taklah, harap suara sahaja, tapi mana dia ada ramai peminat, tengok MAWI, dia menang sokongan peminat, itulah baru penghibur!". Muncul pula celahan dari ahli forum yang lain, "MAWI harap peminat sahaja, Victor baru best!". Saya hanya tersenyum melihat mereka. Kemudian, salah seorang dari mereka bertanyakan kepada saya: "Abang sokong siapa? Jacque ke MAWI?". Saya terus menjawab "Muhammad SAW"!!!

Mengapa tidak, di kala umat Islam satu dunia sedang bangkit menunjukkan kemarahan terhadap akhbar-akhbar Eropah yang memaparkan karikatur yang menghina Rasulullah SAW. Umat Islam di Malaysia sibuk bertengkar tentang AJL, lebih spesifik lagi, tentang MAWI dan Jacqueline Victor. Ke manakah arah rakyat Malaysia?, mungkin kerana terlalu "Hadhari" keIslaman mereka.

Menarik, apabila ditanyakan kepada PM tentang kemarahan umat Islam sedunia, dia mengatakan rakyat Malaysia perlu bertindak rasional. Apakah agaknya rasional rakyat Malaysia?, mungkin bersikap tidak sensitif kepada Nabi SAW dan menyibukkan diri dengan AJL. Atau juga rasional itu dengan tidak ambil kisah langsung terhadap Rasulullah SAW. Atau mungkin juga penghinaan terhadap Rasulullah SAW itu sudah terlalu biasa bagi rakyat Malaysia. Mungkin juga ada betulnya. Lihatlah mantan PM kita yang pernah menghina janggut Rasulullah SAW. Lihatlah penulis kita ada yang menghina Rasulullah SAW, tetapi masih berpeluang meneruskan penghinaan terhadap institusi agama pula. Lihatlah juga kepada penghinaan-penghinaan lain yang selalu berlaku di tanah air kita. Maka apabila akhbar-akhbar Eropah menghina Rasulullah SAW juga, tiada apa-apa kesan bagi diri kita.

Bukanlah kita mengharapkan rakyat kita bertindak liar dengan membakar kedutaan Denmark dan sebagainya. Sekurang-kurangnya, jika mereka dapat membuat bantahan, itu pun sudah cukup. Demo, memorandum, boikot dan juga beberapa inisiatif yang bersifat madani boleh diusahakan. Sayangnya, kesepian rakyat Malaysia seolah-olah mentafsirkan kepasifan mereka di dalam menyikapi hal ini. Tidaklah mahu dinafikan usaha NGO-NGO dan juga PAS di dalam hal ini, tetapi di mana kerajaan?, di manakah pengerusi OIC?, di manakah Islam Hadhari?

Di dalam mencari jawapan ini semua, akhirnya mata penulis terpegun kepada kilang arak terbesar di Asia Tenggara milik syarikat Denmark di Shah Alam. Mungkin kilang ini boleh menjawab kesepian Malaysia "Islam Hadhari" berhubung isu penghinaan Rasulullah SAW. Bagi para marhain pula, dibuailah mereka dengan dodoian AJL, dan juga perdebatan tidak pernah surut: "Jacque atau MAWI"....Malaysia Boleh!!!

Sunday, February 12, 2006

Leaders

Latihan Ekstensif Asas Dakwah
dan Kepimpinan Remaja Musleh


LEADeRs

::TarikH::
12 hingga 15 Mac 2006

::TeMpaT::
Melaka

:: Sasaran::
Graduan X-Rek
Ahli teras KRJ tingkatan 4

Wednesday, February 08, 2006

Berazamlah sempena tahun baru

KITA sudah memasuki tahun baru. Walaupun kini sudah bulan Februari, namun masih belum terlambat untuk kita memasang azam sempena tahun baru, lebih-lebih lagi masyarakat Cina dan mereka yang beragama Islam, masing-masing baru sahaja menyambut tahun baru hampir serentak pada 29, 30 dan 31 Januari yang lalu.

Masyarakat Cina tanpa mengira agama menyambut tahun baru mereka pada 29 dan 30 Januari, manakala penganut agama Islam tidak kira apa bangsa sekalipun di seluruh dunia pula menyambut tahun baru Hijrah yang ke-1427 pada 31 Januari, sementara masyarakat India akan menyambutnya pada bulan April nanti.

Sudahkah anda memasang azam untuk tahun ini?

Ada yang sudah, ada yang belum dan ada yang tidak mahu lagi berazam kerana kecewa azamnya selama ini tidak pernah tercapai.

Selain itu, ada juga yang berpegang kepada prinsip tidak perlu menunggu setiap awal tahun untuk berazam.

Ia boleh dilakukan bila-bila masa.

Azam, cita-cita atau visi penting untuk semua orang terutamanya kepada anda sebagai pelajar dan remaja.

Sebagai pelajar dan remaja, anda perlu menanam cita-cita dan merancang arah tuju hidup anda sendiri.

Jika tidak, anda hanya menerima apa sahaja yang diaturkan untuk anda walaupun tidak meminatinya dan jika ini berlaku, sebagai remaja, anda sebenarnya akan kehilangan satu nikmat hidup untuk merasai kegembiraan mencapai apa yang anda idam-idamkan.

Justeru, ketika waktu remaja, buka minda anda seluas-luasnya untuk merancang azam dan cita-cita dan menjadi apa yang anda idam-idamkan.

Berikut dikemukakan cara-cara yang boleh membantu anda membina azam dan cita-cita anda:

1. Tetapkan sasaran sebenar

Bagi remaja, memang agak sukar untuk membayangkan masa depan anda.
Walau bagaimanapun, ini tidak seharusnya menghalang anda untuk merancang masa depan.

Menurut pakar-pakar psikologi, anda boleh mulakannya dengan `berangan'. Tetapi ingat, jangan jadi seperti Mat Jenin, berangan kosong. Sebaliknya, angan-angan anda perlu `berisi' dan bermakna. Jadikan angan-angan anda sebagai sumber inspirasi yang boleh menggerakkan dan memajukan diri sendiri.

Pastinya ramai yang berangan-angan untuk menjadi salah seorang daripada angkasawan negara ataupun negarawan seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad. Sertakan angan-angan itu dengan usaha-usaha yang setimpal dengan angan-angan anda.

2. Fokuskan azam anda

Kadang kala ada antara kita yang mempunyai azam dan cita-cita yang terlalu luas dan abstrak sehinggakan tiada fokus dan tidak tahu di mana mahu bermula. Oleh itu penting untuk anda menjuruskan cita-cita dan azam anda. Ia lebih mudah daripada memikirkan secara umum. Contohnya cita-cita untuk menjadi tukang masak atau chef terkemuka, adalah terlalu umum. Anda perlu tahu terdapat pelbagai bidang masakan yang boleh anda ceburi seperti kek dan pastri, masakan barat, masakan timur, masakan antarabangsa dan sebagainya. Mana satu kegemaran anda sebenarnya. Tanya diri anda yang mana yang paling anda minat dan fokuskan cita-cita anda kepada yang satu itu.

Gunakan Internet untuk mencari maklumat lanjut mengenainya atau tanya orang yang berpengalaman mengenai bidang ini.

Bagaimana ibu bapa atau guru dapat membantu pelajar berazam?

  • Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah mencari makna sebenar atau menghuraikan azam mereka supaya lebih fokus.
  • Pelajar perlu diingatkan bahawa apa yang dicita-citakan itu perlulah melibatkan diri mereka sendiri dan bukannya orang lain. Mereka sendiri perlu berusaha untuk mencapainya.
  • Untuk memberikan motivasi kepada pelajar supaya lebih yakin dengan azam dan cita-cita mereka, suruh mereka bayangkan diri mereka apabila apa yang dicita-citakan itu tercapai.
  • Biarkan mereka gambarkan perasaan dan juga keadaan mereka apabila cita-cita menjadi kenyataan.
  • Minta mereka tuliskan cita-cita mereka dan juga minta mereka jawab, apa yang paling membahagiakan mereka apabila cita-cita itu tercapai kelak.
  • Minta juga mereka teliti azam dan cita-cita dan lihat yang mana boleh dibuat penyesuaian. Mungkin cita-cita mereka terlalu ideal dan tidak realistik.
  • Sentiasa ingatkan mereka azam dan cita-cita yang tinggi juga memerlukan usaha dan komitmen yang tinggi.
  • Bincang dengan mereka mengenai kecerdasan pelbagai untuk memudahkan mereka mengenal pasti di mana kekuatan mereka dan adakah ia selari dengan apa yang diinginkan.

Anda boleh sentiasa merujuk Internet yang mempunyai pelbagai jenis ujian personaliti dan minat yang boleh memberi sedikit idea kepada mereka di mana sebenarnya minat dan kecenderungan mereka.

Thursday, February 02, 2006

Program Terdekat KRJ

KEM JATI DIRI (KEJADIRI)

LOKASI

PUSAT DAKWAH ISLAMIAH, PAROI, SEREMBAN

TARIKH
25-26 FEBRUARI 2006

YURAN
RM50.00

PENYERTAAN
ANAK IKHWAH LEPASAN SPM 2005 DAN LEPASAN SPM 2005 YANG
PERNAH MENGIKUTI USRAH KRJ

UNTUK MEMERIAHKAN LAGI PROGRAM INI KRJ N.SEMBILAN MENJEMPUT KRJ MELAKA,K.LUMPUR, DAN SELANGOR UNTUK TURUT SERTA BERSAMA KAMI. OLEH ITU KAMI BERHARAP IKHWAH DI MELAKA, K.LUMPUR, DAN SELANGOR DAPAT MENGHEBAHKAN PROGRAM YANG KAMI ANJURKAN INI. JIKA BERMINAT UNTUK MENDAFTAR BOLEH MENGHUBUNGI :

MUHANNAD
017 614 9192)
toxteth82@yahoo.co.uk

FAIZ
(012 936 8428)
aizek04@yahoo.co.uk

TARIKH TUTUP PENDAFTARAN IALAH PADA 17 FEBRUARI 2006 (JUMAAT)

____________________________________________________________

Muzakarah JKPR Pusat

Tarikh
18 Februari 2006

Masa
8.30 pagi hingga 5.00 petang

Semua Pengarah KRJ daerah dan Negeri
Semua pimpinan JKPR Pusat

____________________________________________________________


Latihan Ekstensif Asas Dakwah & Kepimpinan Remaja Musleh (LEADeRs)

Tarikh
12-15 Mac 2006 (Ahad-Rabu)

Program penerusan untuk peserta X-ReK 2005 dan terbuka kepada pelajar tingkatan 4 yang berpotensi

Sasaran 100 orang peserta.

____________________________________________________________