KeLAb ReMajA JIM

Wednesday, March 29, 2006

Muzakarah JKPR Pusat



Tentatif Program

800am Minum pagi
830am Pendaftaran
900am Perasmian & Ucaptama (pengerusi JKPR)
930am Pembentangan Laporan JKPR (Laporan berdasar SP,Kewangan)
1030am Minum
1100am Membahas dan menerima usul

1.Program latihan aktivis
100pm Makan Tghhari & Solat
200pm Membahas & menerima usul
1.Program/Modul Remaja
400pm Penyelarasan Takqwim JKPR
430pm Penutup
500pm Minum/Solat/bersurai



Selamat bermuzakarah!!!

:: Tempat :: Masjid Muadz Jabal , Setiawangsa KL
:: Tarikh :: 1 April 2006

Sila confirm kehadiran
Razali Rashid 012-3896039
Saifurrahman Alias 012-2666598

Thursday, March 23, 2006

Development Of Next Geberation - Part 2

Oleh: Roha Hassan, JKPW dan JKPR Pusat



Tahun 2006 menyaksikan bahawa yang menulis ini telah terlibat dengan pelbagai aktiviti remaja melebihi 10 tahun. Bukan nak minta apa-apa anugerah atau pingat gangsa hatta suasa apatah lagi emas permata. Sekadar mengambil ruang masa yang ada untuk muhasabah diri. Sudah cukup banyak dan baik kah sumbangan kita semua di dalam isu-isu remaja@pelapis.pewaris.perjuangan.com ini? Jawablah wahai Roha Hassan serta ikhwah dan akhawat semua?

Semakin usia meningkat, saya memilih berbanyak muhasabah diri sebelum muhasabah orang lain. Namun walaupun mungkin kenyataan ini boleh dipertikaikan oleh sesetengah individu di dalam NN ini, saya percaya budaya muhasabah masih diambil berat dan relevan dengan JIM. Walaupun kadang-kadang kita ni open, kadang-kadang tak berapa open, kadang-kadang “separuh-separuh – sikit-sikit open, sikit-sikit close”. Bergantung pada isu la kot.

Malam tadi, saya terus menjalankan tanggungjawab sebagai naqibah. Anak-anak usrah saya juga terdiri dari pada ex KRJ beberapa negeri. Saya jumpa beberapa orang dari mereka masa mereka baru melangkah ke usia remaja dulu. Sekarang ni dah ada yang walimah pun….:--)) Dah besar panjang, ada yang dah jadi orang-orang kuat di U. Setakat ni anak-anak usrah saya memang komited. 10 orang semuanya.

Cuma…khabar yang sedikit sebanyak mengguris perasaan saya bila diberitahu ada diantara anak-anak usrah saya tersebut termasuk dalam kategori yang “keciciran”. Tidak terpilih atau kurang disenangi oleh naqibah-naqibah sebelum ini. Ni kira ayat indirect saya tulis ni. Kalau tulis ikut bahasa percakapan, lagi tak berapa enak dibaca. Baru saja saya tahu tentang hal ini. Tak terfikir pulak saya setelah beberapa bulan bersama mereka. Saya kurang pasti apa asal usul kisahnya. Kadang-kadang saya rasa malas nak ambik pusing hal yang remeh temeh. Tapi, bila ia melibatkan hal pembinaan generasi akan datang…kena jugak ambil kira.

Biar saya beritahu pada kalian yang membuat dakwaan ini, “Gadis-gadis remaja/belia yang kini menjadi anak-anak usrah saya sejak beberapa bulan yang lalu ini semuanya best-best belaka. Mereka belum pernah ponteng usrah tanpa sebab yang kukuh. Malahan pasti mereka akan memaklumkan jika tidak dapat hadir. Cuma mereka ni kreatif, nakal dan tak ikut gitu-gitu aje. Tapi tak pernah “kurang ajar” dengan saya…:--)) Mereka tidak seteruk yang disangka, OK? So, sila baiki prasangka yang ada.

Saya tidak pasti berapa “subur” sikap seperti ini dikalangan kita di dalam memainkan peranan pembinaan generasi akan datang. Memang, antara yang akan kita akan bincang bab yang ada kaitan dengan usrah@remaja.com.

Cuma, sebelum saya menulis dengan lebih terperinci, mohon dibaca puisi saya berikut tentang pandangan peribadi saya tentang usrah selepas melihat adanya budaya label melabel seperti di atas yang melibatkan gadis-gadis remaja belia. Puisi ini ditulis selepas saya pun kena label juga…he.he.he.

Tarbiyyah Dan Dakwah – Sebuah Puisi Usrah Part I

Ketika usiaku sembilan belas
Kami berusrah di kelas-kelas
Jarang sekali bermalas-malas

Bila melangkah ke alam kerjaya
Susunatur usrahku tak tentu hala
Kadang-kadang ada, kadang-kadang tiada

Namun,
Walau rintangan sering menerjah
Berselang seli dengan mehnah
Tetap ku jalan tugas dan amanah
Melakukan islah sebagai pendakwah
Apa yang aku faham, dakwah dan tarbiyyah
Kembar siam tak boleh terpisah atau dipisah
Dalam asyik berusrah dan berusrah
Praktikalnya adalah dakwah
Tiada usrah tanpa dakwah
Tiada dakwah tanpa tarbiyah

Namun,
Kadang-kadang aku tak larat
Ulang-ulang amanat dan nasihat
Rasa bosan datang menghambat
Tambahan kesihatan yang memudarat
Mahu rasanya, usrah aku tak terlibat

Tapi,
Kata naqib naqibah, ameer ameerah,
Apa erti hebat berdakwah tapi kosong tanpa tarbiyah
Apa erti mantap di medan tapi melarikan diri dari usrah

Ya,
Memang benar lagi sah
Aku bukan anti tarbiyyah khasnya usrah
Cuma aku kadang-kadang rasa parah
Pada pegangan sesetengah pendakwah
Tak habis-habis berusrah
Tak putus-putus tazkeerah
Tak henti-henti tamrin dan halaqah
…..namun bila di medan semua mengalah
enggan ketengah masyarakat untuk praktikal dakwah

Itu yang aku parah
Itu yang aku alah

Sebab, pegangan ku
Tarbiyyah dan dakwah tak mungkin dipisah.

Jzzk kerana meluangkan masa membaca e-mail ini.
Roha hassan
TP JKPR


Development Of Next Generation – Part 1

Oleh: Roha Hassan, JKPW dan JKPR Pusat



18 Mac 2006, 0000, tiba-tiba tersedar sudah lama tidak menulis setelah beberapa kali ditegur oleh beberapa sahabat.

Untuk pemulaan saya mengaku, memang dah lama saya tidak menulis. Bukan tiada idea, tapi semakin bertambah amanah yang harus dipenuhi, ditambah dengan masalah kurang bijak mengoptimakan penggunaan tenaga dan kemahiran yang ALLAH kurniakan.

Namun, yang pasti saya jarang menyesal selepas menulis melebihi penyesalan selepas berkata-kata. Yang pasti samada melalui lisan atau tulisan saya cuba sampaikan hasrat saya. Ikhwah dan akhawat akan mendapati, saya lebih direct apabila berbicara, tetapi lebih indirect apabila menulis. Tapi bukan pada semua perkara. Dan cara ini boleh berubah mengikut cara dan keperluan. Yang pasti dan penting kedua-duanya merupakan cara saya menyampaikan hasrat, harapan, perkongsian seorang pimpinan. Dan lebih banyak sebagai manusia. Tulisan ini adalah siri tulisan yang menyentuh tentang saya, anda, JIM dan remaja dari seorang manusia biasa yang juga kalian lantik dan ditakdirkan ALLAH sebagai salah seorang peneraju aktivisme remaja.

Mohon dibaca puisi berikut sebagai intro, saya tuliskan selepas mengendali sebuah program remaja. Telah saya deklamasikan semasa mengendalikan program yang ditaja oleh syarikat yang disokong kuat oleh Pak Lah.

Puisi Remaja Buat Mereka Yang Alpa
Aduh,
Dia berhelah lagi,
Menyeleweng wang saku yang ibu beri.

Alahai,
Dia berdusta kembali,
Duit saku yang ibu beri
Buat belanja di sekolah nanti
Bersama geng mencuri-curi
Rokok dibeli, janji pada ibu dimungkiri

Remaja kita,
Merokok, melepak, ponteng sekolah

Remaja kita,
Mabuk kepayang dengan kesenangan hawa nafsu

Mereka,
hanya ingin suka-suka.

Mereka,
Khayal berdating dan bercinta

Mereka,
Mabuk dunia,
Jauh dari akhirat

Mereka
Memboros masa dan tenaga
pada kerja sia-sia

Dan kita
Sebagai ibubapa
Haruskah terus di dusta

Dan kita,
Sebagai pendidik,
Wajarkah memaki mengherdik

Dan kita,
Ahli masyrakat yang cerdik
Cukupkah sekadar memandang jelek
Banyak teori dari tindakan yang strategik

Dan dikau
Pemilik kuasa sementara,
Sebagai pemerintah dibumi Malaysia
Tidakkah engkau terasa celaka
Melihat kerosakan para remaja
Segala hiburan yang kalian puja-puja
Buat remaja jadi tambah gila
Sedangkan merekalah masa depan negara
Sedangkan merekalah harapan nusa dan agama
Tolong….Jangan berlepas tangan sahaja

Dan dikau
Pemilik akta-akta dan kuasa
Tidakkah kalian terluka
Melihat penyakit yang menimpa anak bangsa
Black Metal, Punk sampah dan segala kerosakan budaya.

Ingatlah!
Aku, kau dan mereka
Pasti ditanya oleh yang Maha Kuasa,
Tentang tanggungjawab kita kepada semua remaja.

Jzkk sebab meluangkan masa membaca dan maaf kalau ada yang terguris terluka
Roha bt Hassan

KEJADIRI 06

Oleh: Muhannad Jamil, JIM N9

Assalamualaikum wrh wbt. Izinkan ana mengambil sedikit masa untuk melaporkan aktiviti KRJ yg berlansung kebelakangan ini.

Pada 4 hingga 5 Mac yg lalu telah berlangsung program KEJADIRI 06 di Rumah Anak Yatim Yayasan Abdul Rashid, Pantai, N.Sembilan. Seramai 11 org peserta telah mendaftar untuk program ini (6 lelaki dan 5 perempuan). Hanya 5 org peserta sahaja yg berasal dari N. Sembilan. Manakala 2 lagi dari KL dan selebihnya dari Melaka.

Alhamdulillah, secara keseluruhannya respon daripada adik2 peserta amat memberansangkan. Komen2 yg diberi ketika program tamat juga menunjukkan mereka sentiasa peka semasa mengikuti program ini.

Aturcara dimulakan dgn penyampaian dari Akh Shamsuri berkenaan mengenal potensi diri. Slps solat zohor, program disambung dgn ceramah dari Ust Zuhaidi berkenaan mengapa saya memilih Islam. Slps solat asar pula, riadhah yg dikendalikan oleh ana sendiri telah diadakan di kawasan kebun rumah anak-anak yatim tersebut. Masya Allah, pemandangan yg sungguh cantik. Kami telah mencuba permainan Sudoku,satu permainan tradisional Jepun (ikhwah patut cuba,seronok dan addictive ). Pada malamnya,iaitu selepas solat isyak, sesi bersama KARISMA telah berlangsung. Seramai 3 org wakil dari KARISMA (Akh presiden KARISMA dan 2 org wakil JK Pelapis) telah hadir. Alhamdulillah, adik2 peserta telah menunjukkan kecenderungan yg mendalam ttg penglibatan bersama KARISMA. Ditambah lagi dgn soalan2 'maut' ditamparkan kepada wakil KARISMA (cth soalan; kenapa mesti ada KARISMA sdgkan dah ada PMI dsb...teringat zmn belaja dulu ). Program menjadi meleret sehingga 12 tgh malam. Malangnya adik2 perempuan terpaksa
tidur tanpa ditemani mak cik JIMNS kerana makcik tersebut balik pada malam tersebut juga kerana takut...(sapela mak cik tu ye...hehehehe )

Program hari Ahad yg sepatutnya dimulakan dgn qiamullail hanya dilaksanakan oleh adik2 perempuan sahaja. Kebetulan ana terpaksa menghantar wakil2 KARISMA ke Terminal 1 pada jam 2.30 pagi, ana tidak pulang semula ke rumah anak2 yatim tersebut. Ana amanahkan anak2 usrah dari KMS utk memastikan qiam berlangsung spt yg dirancangkan. Ana tidak pulang semula ke lokasi kerana mata yg sudah terlalu mengantuk utk memandu ke Pantai. Lagipun jalan tersebut terlalu sunyi pada malam hari. Malangnya anak2 usrah tak boleh diharapkan (kasi malu budak2 laki je). Alasannya tidur lewat sangat sampai tak sedar. Pukul 7 pagi pula program dimulakan dgn team building yg dikendalikan oleh Dr. Khairil. Ceramah Membina Jatidiri di IPT pula menyusul dengan penceramah jemputan Dr. Hafidzi (Doktor-doktor je yg dtg utk hari ahad tu ). Program berakhir pada jam 12 tghari.

Kesimpulannya, program ini boleh dikatakan berjaya kerana kesungguhan yg telah ditunjukkan oleh para peserta. Walaupun bilangannya tidak begitu ramai, tetapi ana yakin banyak yang telah diperolehi oleh adik2 peserta. Ana yakin mereka akan terus istiqamah di IPT nanti. Alhamdulillah, kos yg ditanggung cuma sekitar RM 300++ sahaja kerana penginapan adalah percuma (Naim Jusri tanya, "Ni villa sape ni?" Ana jawab, "Anak-anak yatim punya" ). Senang citer, ada untung sket la program ni. So, spiritually dan financially ianya berjaya

Jzkk. Wassalam

Program PEWARIS N9

Oleh: Muhannad Jamil, JIM N9

Assalamualaikum wrh wbt...

Sekali lagi ana pohon maaf kerana mengambil sedikit masa untuk membentangkan laporan aktiviti terkini KRJ NS.

Pada 18-19 Mac yang lepas, KRJ NS telah mengadakan satu program khusus untuk anak2 lelaki ahli JIMNS. Objektif program ini bertujuan supaya anak2 lelaki ahli JIMNS akan mengikut jejak langkah ayah dan ibu mereka. Anggaran peserta tidak melebihi 20 org. Program telah berlangsung di Pej JIMNS.

Alhamdulillah,dgn bantuan Allah swt, jumlah yg hadir mencapai angka 30 org. Lebih mengejutkan hanya 8 org sahaja merupakan anak ahli JIM. Selebihnya ialah anak2 org biasa (betul ke term ni?) dan ada juga seorang anak ikhwah ISMA.

Setelah siasatan dilakukan, rupa2nya TYDP JIMNS, Cikgu Basri telah mempromosikan program ini pada kawan2nya yg berada dlm PIBG SRI As Saidiyyah. Jd kesemua peserta merupakan bekas pelajar SRI As Saidiyyah. Memandangkan mereka ni semua dulu sekolah di As Saidiyyah, semua agenda malam tu tak menjadi . Kami rancang untuk menayangkan video As Syahid Muhannad at Tahir (bias betul ana ni ) dan animasi berkenaan Palestin. Bila ditanya siapa yang pernah tonton video2 tersebut,semuanya mengangkat tangan (penganjur sendiri pun belum pernah tonton video2 tu). Memandangkan kami dah buntu akal, kami tayangkan juga video tu.

Keesokannya, program dimulakan dengan qiamullail. Kali ni alhamdulillah berjaya. Malah, adik2 ini pula yang telah mengejutkan kami. Mereka nampak sungguh bersemangat untuk qiam. Selesai solat subuh, akh Saiful Islam telah menyampaikan kuliah subuh berkenaan taubat. Masya Allah,tiada sorang peserta pun yang nampak mengantuk. Semuanya segar bugar. Habis je kuliah, kami terus ke padang untuk main bola sepak. Bersungguh-sungguh mereka ni main,sampai ana termasuk longkang. Akh Saeed pula sampai 'terjaringkan gol' dan dia sendiri pun masuk dlm gol bergolek. Ganas betul adik2 ni. Boleh jadi mujahid gamaknya. Program diakhiri dengan sarapan di pejabat JIMNS.

Kesimpulannya, program telah mencapai objektifnya sebelum program berlangsung lagi. Ini kerana adik2 tersebut telah pun menonton video yang kami tayangkan 2 tahun yg lepas (kantoi kami kali ni). Alhamdulillah KRJ NS tahun ini digerakkan oleh tenaga muda sekitar pertengahan umur 20an dan masing2 masih bujang (Ana,24 tahun, Faiz, 25 tahun, dan Saeed, 26 tahun). Saiful Islam (23 tahun) je yg dah kawin. Menjadi harapan KRJNS supaya tenaga penggerak ialah mereka yang masih muda2 belaka supaya pak cik JIMNS dapat tumpukan usaha pada POL dan Dakwah Masyarakat Majmuk. Untuk maklumat, majoriti peserta merupakan pelajar maahad tahfiz di sekitar N.Sembilan dan Selangor. Insya Allah targeted Tajnid di kalangan golongan ulama' mampu dijayakan tidak lama lagi

Jzkk. Wassalam

Wednesday, March 22, 2006

Kepimpinan islam

Oleh: Helmi Ngadiman (KARISMA-UKM)

Salah satu daripada elemen penting dalam kehidupan seorang manusia adalah memimpin. Bila kita mampu memimpin diri kita ke arah syakhsiah cemerlang maka ia merupakan kejayaan bagi kita. Di samping itu, kita mesti memimpin diri orang lain agar kehidupan kita bersama manusia lain di dunia ini dapat diseimbangkan ke arah generasi Al-Quran.

Manusia sebagai Khalifah.

Setiap manusia di muka bumi ini dijadikan oleh Allah SWT untuk menjadi khalifah. Sama ada dia memimpin diri sendiri atau orang lain, ia dinamakan sebagai khalifah. Ayat di atas jelas menunjukan bahawa Allah SWT telah menjadikan kita sebagai khalifah atau pemimpin. Namun begitu, tidak semua mampu mentadbir dirinya dan orang lain dengan baik mengikut landasan Islam yang sebenarnya. Dunia akan kucar-kacir jika semua manusia mahu menjadi pemimpin dan enggan menjadi orang yang dipimpin atau lebih dikenali sebagai "orang bawahan". Oleh kerana itu, Allah SWT dengan sifat bijaksananya telah mengatur dan menentukan kehidupan manusia mengikut acuan keperibadian yang asal sejak dari azali lagi. Ada segolongan manusia yang dilantik menjadi pemimpin, golongan lain sebagai yang dipimpin dan golongan yang mengadu-domba enggan menjadi pemimpin dan enggan dipimpin.

Persediaan Sebelum Menjadi Pemimpin

Perkara utama yang perlu ditekankan sebelum melangkah memikul jawatan pemimpin ialah persediaan kita sebelum menjawatnya supaya terlaksana proses pembentukan Syahsiah Berakidah di kalangan orang bawahan.

Kita wajib membuat persediaan awal di samping menempuh berbagai ujian sebelum layak digelar Pemimpin Dunia Dan Akhirat. Dalam dunia menuju ke gerbang akhir zaman, majoriti pemimpin dewasa ini sebenarnya tidak layak memimpin lantaran diri mereka sendiri tidak terpimpin dengan pimpinan dari Al-Quran dan As-Sunnah. Mereka merupakan Pemimpin Dunia semata, mengejar kemewahan dunia, menindas orang bawahan, bertopengkan syaitan dalam menentukan hukum-hakam Islam dan seribu satu macam keburukan berupa keduniaan. Benar sabda Rasulullah s.a.w:-

Di sini jelas menunjukan bahawa pemimpin yang zalim termasuk di dalam keburukan agama. Sedangkan pemimpin akhirat tidak ramai dan boleh dikira dengan jari.

Terdapat banyak syarat yang menyumbang ke arah melahirkan seorang pemimpin dunia dan akhirat. Untuk memenuhi syarat-syarat ini ramai yang tewas dan kecundang kecuali beberapa orang yang sememangnya telah dipilih oleh hakim yang agung iaitu Allah S.W.T.

1) Pemimpin Berilmu

Ilmu memainkan peranan yang penting dalam melahirkan pemimpin yang unggul. Tanpa ilmu, pemimpin akan menjadi "lembu dicucuk hidung", hanya memimpin setelah diarah-arahkan oleh orang lain. Berapa ramai Perdana Menteri di serata dunia yang menjadi boneka. Menjadi pemimpin tetapi tidak memimpin. Warisan ilmu pengecut yang dimiliki oleh oleh para pemimpin menyebabkan mereka rela menjual maruah agama demi sesuap nasi?.

Maksud firman Allah SWT: "Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu?". Ilmu di sini merangkumi ilmu dunia dan akhirat. Seorang pemimpin yang berilmu pasti mendapat kepercayaan masyarakat untuk menangani sebarang masalah yang menimpa negara berbanding pemimpin yang tidak berilmu. Ini adalah satu hakikat yang nyata. Kedunguan pemimpin-pemimpin masa kini dalam menyelesaikan masalah dalam negara menyaksikan campur tangan kuasa asing yang sewenang-wenangnya mengubah dasar negara hatta undang-undang sama ada peraturan negara atau agama.

Untuk mengubah situasi yang telah menjadi adat ini, negara kecil seperti Malaysia contohnya harus meletakkan pemimpin yang bijak dan berilmu untuk menerajui negara supaya negara kita nanti tidak "sekandang dengan lembu-lembu yang dicucuk hidung sejak sekian lama."

2) Pemimpin Sebagai Idola Dan Pentazkirah

Di kalangan masyarakat pertengahan, mereka lebih mementingkan seorang pemimpin yang peka dengan isu-isu dunia dan bijak bercakap hal-hal keduniaan.Tanpa disedari, kita sepatutnya "dahagakan"seorang pemimpin yang bersifat universal. Seimbang antara dunia dan akhirat. Contoh tanpa bandingan tapi patut dijadikan ikutan, Rasulullah SAW mampu menjadi pemimpin dalam masa yang sama berada di tempat yang teratas dalam pemikiran dan penampilannya kepada masyarakat dan yang paling utama kepada Penciptanya. Pemimpin adalah salah seorang idola yang selalunya diikuti jejak langkahnya oleh masyarakat bawahan.

Sebagai seorang pemimpin yang menjadi idola kepada masyarakat, pemimpin seharusnya memiliki akhlak yang terpuji mengikut adab-adab kemanusiaan sejagat dan lunas-lunas islami yang tulin. Ciri-ciri pentazkirah pun harus ada pada seorang ketua bahkan ciri-ciri seorang ulama'.

Bijak bercakap tidak semestinya boleh melakukannya secara praktikal. Oleh itu, di samping bijak 'berbahasa'dan pandai 'mentazkirah' orang lain, pemimpin harus mengamalkan apa yang dikata. Seperti kata-kata 'cakap serupa bikin'.

Contoh melalui tauladan lebih merujuk kepada keperibadian seorang pemimpin dalam membentuk masyarakat pimpinannya. Jika elok acuan maka eloklah kuihnya, jika rosak acuan kuih maka tidak terbentuklah kuih seperti yang diingini.

3) Sanggup Menghadapi Tribulasi Untuk Mencapai Matlamat

Ujian adalah satu perkara tabi'i yang pasti 'memburu' kehidupan seorang manusia. Semakin tinggi darjatnya di sisi Allah s.w.t. dan di sisi masyarakat, maka semakin besar cubaan dan dugaan yang terpaksa ditempuhi. Berjaya atau gagal menghadapi mehnah perjuangan ditentukan oleh kekuatan asas yang terpasak dalam diri seseorang. Mereka yang lemah dari sudut material dan rohani terutamanya pasti akan tewas dengan mudah dan jatuh tersungkur di tengah-tengah medan perjuangan. Hanya pemimpin yang mempunyai kekuatan jiwa dan semangat sahaja yang tetap kekal dengan matlamat yang satu walaupun tanpa kekuatan material. “Demi sesungguh-Nya akan Kami uji kamu dengan satu cubaan, iaitu kekuatan, kelaparan dan kekurangan harta, manusia dan buah-buahan. Dan berilah khabar gembira bagi orang-orang yang sabar atas cubaan itu”.Al-Baqarah ayat 155.

Seperti yang telah dinyatakan, setiap manusia akan diuji. Tatkala Malaysia diuji dengan kejatuhan nilai RM, kita turut juga teruji. Bagi yang di luar kemampuan (kekurangan harta), pulang ke tanah air adalah langkah terakhir sebagai jalan penyelesain tanpa menamatkan pengajian tentunya.

Kita juga diuji dengan rasa ketakutan hidup di negara asing. Ketakutan yang menghantui akhawat maupun ikhwah. Azhari/ah adalah pemimpin yang bakal mencorak sebuah keluarga Islami. Di peringkat awal lagi Azhari/ah telah diuji. Belum lagi masuk ke medan masyarakat....medan politik dan umpamanya. Dasar demokrasi pilihan masyarakat majoriti sebagai pilihan yang akan diangkat sebagai pemimpin. Di serata dunia menyaksikan parti islam atau separa islami telah diuji dengan
kekurangan manusia atau dikenali sebagai kekurangan 'pengundi'. Seorang pemimpin Islam yang kuat, pasti menghadapi krisis kekurangan penyokong yang bijaksana, manakala pemimpin Islam yang 'hangat-hangat tahi ayam' akan “gulung tikar” sebelum pilihanraya lagi.

Ketiga-tiga faktor di atas bakal melayakkan kita menerajui negara bahkan dunia. Tidak mustahil suatu hari nanti kita bakal menjadi polis dunia menggantikan Amerika yang mengaku berjaya memimpin dunia ke arah keamanan tetapi sebenarnya ke arah kemusnahan. Pemimpin dunia abad akan datang wajar diwarisi oleh pemimpin islam untuk 'meneutralkan' dunia sebelum menjadi padang jarak padang terkukur. Oleh itu, bersama-samalah kita berganding bahu untuk mencipta seorang pemimpin Islam yang tulin sebagaimana yang pernah diciptakan oleh ulama'-ulama' yang terdahulu.

coretan LEADeRs 2006, Durian Tunggal

Jadi Pemimpin : Apa Pilihan?

Oleh Shahril
KARIB

Salah satu bilik seminar di EDI Training Centre, During Tunggal

‘Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan disoal berkenaan apa yang dipimpinnya’ (Bukhari dan Muslim)

Alhamdulillah ana dan kawan-kawan KARIB (Kelab Remaja Antara Gapi) sekali lagi berpeluang untuk ikuti program remaja peringkat nasional … ikut Acik Hasni! Dulu dah pergi X-Rek kat Sg Pusu, Gombak. Sebelum ni hanya ikut program di Antara Gapi tu.. lepas tu ikut program remaja dengan pakcik-makcik kat KL… JIMKL.

Ana, Najib, Fazli dan Harith, bergerak ke program dengan kereta Acik Hasni. Harith ni ana Pakcik Nasir, duduk Hulu Selangor jugak… ahaa.. tapi kami wakili KL!… tak tahulah ini Acik Hasni punya kerja.

Kali ini kami akan ikuti program yang motifnya ‘KEPEMIMPINAN’, kata Acik Hasni. Itu sebab nama program ni LEADERS… Latihan Ekstensif Asas Dakwah dan Kepemimpinan Remaja Soleh. Iaa..lah, dulu masa X-Rek kami dah didedahkan dengan kepentingan intima’ dengan Islam dan kerja-kerja dakwah, bina sifat kendiri dan lasak. Itu yang terpaksa berdakwah dengan orang ramai kat KL Sentral tu… ini saat yang paling best!

Cukup teruja nak jumpa balik kawan-kawan X-Rek 2005! LEADERS ni adalah susulan terancang program pembangunan berterusan remaja di tingkatan 4 dan 5… khas untuk peserta bermula dari tingkatan 3 - graduan X-Rek. Acik Hasni kata.. ‘Ini semua untuk persediaan generasi baru 2020. Nanti bila masuk IPT, dah boleh terus buat kerja!’

Melaka… hemm, seronok! Ana pun dah lama tak ke Melaka. Kali ini program buat di EDI, Traing Centre di Durian Tunggal. Kami disambut mesra oleh pakcik dan abang dari Melaka. Abang Bilal bin Dr Parid dan Akak Dr Hajar, tengah tunggu kami untuk pendaftaran. Acik Hasni kenalkan yang diaorang adalah AJK Jawatankuasa Pembangunan Remaja JIM Pusat.. masih belajar dan muda.

Sementara tunggu kawan-kawan dari negeri lain, ana dan peserta yang ada ni, pi terjun kolam dulu. Ini yang istimewa tempat ni… ini betul-betul kolam renang! Ya kolam ikan pun memang banyak jugak.

Malam adalah sesi pembukaan… ana kira, cuma dok ada 27 orang peserta. Kalau dulu.. tak silap ada 70+, mana depa pi ye?. ‘Tak apalah kita boleh fokus… dan yang paling penting… Allah dah pilih kita!’, kata Abang Bilal. Ana sempat catit secara ringkas beberapa pengenalan dari taklimat Acik Hasni, mengenai program ni :

Objektif :

1) Jelas halatuju/ matlamat peribadi dan sebagai daie

2) Memahami konsep dan asas dakwah

3) Ciri-ciri amal jamaie yang efektif

4) Mengasas kemahiran kepemimpinan dan interaksi

Kandungan :

1) Matlamat : Mardhatillah, S.M.A.R.T, Maslahah/Juara ummah

2) Dakwah : Konsep, Kenapa, Mengapa, Peranan

3) Amal Jamaie : Taat, Syura

4) Kepemimpinan : Public Speaking, IPR, Leading, Coaching, Directing, Mentoring

Pendekatan :

1) Self Managed

2) Self Directed Work Team

3) Anda Ketua

4) Kampung Kita

Metodologi :

Kuliah, Perbincangan/pembentangan/gerakerja Kumpulan, Tugasan Bilal/Imam/Tazkirah setiap peserta, Tadarus (3Juz), Ma’thurat, Aperantis, Xplorace, Rafting

Lepas dah faham program ni kami bertaaruf pulak… memang mudah bila dah kenal. Tapi bak kata Hujjatul Islam, Imam Ghazali… namalah yang selalu kita lupa. Ana pun tak berapa ingat… walaupun X-Rek baru beberapa bulan sahaja. Jumlah yang sikit ni patut tidak jadi halangan. Lepas tu kami bina pasukan. Semua nama/ slogan pasukan menarik dan ada elemen ‘masa depan’ komen Acik Hasni. MIRAI’E, ARRUHUL JADID, MARJANUL MUJAHADAH dan IZZATUL ISLAM. Kami mengundi untuk pilih ketua, Penghulu ialah akh Saiful Islam b. Ahmadun dari KRJ Johor dan Penghilir ialah ukht Afifah bt Azam dari Seremban, ayah ukht ni Pengetua SDAR.

Semua tengah semangat ni, masing-masing nak tunjuk mantap. Tapi bila Acik Hasni bagi assignment… ‘esok masa perasmian antum kena manage A to Z majlis tu. Siap dengan tempat, makan minum, hadiah!’ kami mula kalut. ‘Mana nak cari benda-benda tu malam-malam ni’ Jam dah 11.00 malam….?

Bersambung....

muzakarah

MUZAKARAH JK PEMBANGUNAN REMAJA JIM

1 APRIL 2006
900AM -500PM

:: Sasaran peserta ::
Ahli JK Pembangunan Remaja JIM Pusat
Semua Pengerusi JK Pembangunan Remaja JIM Negeri
2 orang ahli JK Pembangunan Remaja JIM Negeri

:: Tempat ::
Masjid Muadz Jabal , Setiawangsa KL

:: Tarikh ::
1 April 2006

Sila confirm kehadiran
Razali Rashid 012-3896039
Saifurrahman Alias 012-2666598